PROMOSI JULY 2014

PROMOSI JULY 2014
FREE SEBOTOL VIVIX + FREE AHLI + CASH BACK
Showing posts with label Kawal Kesan Jangka Panjang Kencing Manis Dengan Vivix Kencing Manis. Show all posts
Showing posts with label Kawal Kesan Jangka Panjang Kencing Manis Dengan Vivix Kencing Manis. Show all posts

Kawal Kesan Jangka Panjang Kencing Manis Dengan Vivix

Kawal Kesan Jangka Panjang Kencing Manis Dengan Vivix



Semakin lama, apabila kencing manis tidak dirawat, ia akan merosakkan banyak organ-organ lain dalam badan. Dua daripada tiga pesakit kencing manis mati disebabkan sakit jantung. Ia juga meningkatkan risiko untuk anda mendapat strok. Pesakit kencing manis lebih cenderung menyebabkan munculnya plak di dalam arteri dan mengurangkan pengaliran darah dan menyebabkannya tersumbat. Arteri akan menjadi semakin keras dan berlakulah penyakit jantung dan juga penyakit strok.

Antara kesan jangka panjang yang akan ditanggung oleh pesakit kencing manis ialah:

1. Strok. Pembuluh darah besar menjadi tebal, keras dan sempit. Ini akan menghalang aliran darah ke organ-organ terutamanya otak. Apabila pembuluh darah di otak tersumbat, strok akan berlaku.

2. Kerosakan Mata. Kadar glukosa tinggi dalam jangka masa lama dapat merosakkan pembuluh darah beberapa bahagian dalam tubuh. Kerosakan ini sering berlaku pada mata, saraf dan buah pinggang. Kadar glukosa darah yang tinggi akan merubah bentuk kanta mata dan mengganggu penglihatan, malah boleh menyebabkan katarak.

3. Darah Tinggi. Pesakit diabetes mudah mendapat penyakit darah tinggi kerana pembuluh darah tubuh mengalami penebalan dan menjadi keras. Tekanan darah akan naik kerana pembuluh darah tidak dapat mengembang tatkala jantung.

4. Kerosakan Buah Pinggang. Kerosakan pembuluh darah menyebabkan penapisan buah pinggang tidak lancar (nefropati), protein bocor keluar ke dalam air kencing. Boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang dan memerlukan rawatan dialisis.

5. Kerosakan Saraf. Hampir 70% pesakit diabetes mengalami kerosakan saraf (neuropati). Kadar glukosa darah yang tinggi dalam tempoh lama akan merosakkan urat dan pembalutnya, mengakibatkan kegagalan penghantaran signal saraf ke bahagian pusat kawalan saraf dan terjadi kehilangan deria sentuhan atau sakit.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...