Tanda 1: Darah Yang Pekat dan Gelap
Kandungan gula dan toksik yang
semakin meningkat di dalam darah akan menyebabkan sel-sel darah merah
melekat bersama dan menjadi gelap dan lekit yang menghalang pengaliran
darah yang lancar.

Tanda 2: Kerap Rasa Panas dan Dahaga
Kepekatan gula yang semakin
bertambah di dalam darah akan meningkatkan tekanan osmosis darah dan
menyebabkan air 'diserap' keluar daripada sel-sel badan. Sel-sel yang
menjadi semakin layu inilah yang menghantar signal dahaga kepada otak
untuk meminta bekalan air.
Tanda 3: Kerap Rasa Letih dan Mengantuk
Darah yang telah menjadi pekat
dan mengalir dengan perlahan tidak boleh mengangkut oksigen dan nutrien
ke seluruh badan dengan efektif. Apabila otak anda tidak terima bekalan
oksigen yang mencukupi, anda akan kerap rasa letih dan mengantuk.
Kualiti tidur anda turut terganggu. Tidur 8 atau 9 jam satu hari (lebih
daripada cukup), tetapi masih senang rasa letih dan ngantuk, khasnya
pada waktu petang.




