Berhenti Merokok Bila Anda Mati?
Saya pasti ramai perokok tegar akan terlintas di hati mereka untuk berhenti merokok. Tetapi masih gagal untuk berhenti sepenuhnya. Beribu-ribu duit telah dihabiskan untuk membeli rokok selama beberapa
tahun. Kesihatan anda juga semakin hari semakin kurang.
Jika dulu anda boleh berlari dan bermain bola tanpa rasa penat, kini,
baru naik tangga rumah sahaja sudah termengah-mengah.
Kebanyakan perokok tegar pasti tahu keburukan merokok. Tetapi nikmat merokok mengatasi segala-galanya. Akhirnya mereka pasrah, berputus asa dan berfikir: "Tidak mengapalah, lama-lama nanti aku akan berhenti sendiri bila sampai waktunya".
NAMUN...
Anda perlu tahu bahwa "bila sampai waktunya" itu bermaksud MATI! Apabila nafas anda berhenti dan jantung anda berhenti berdegup. Itulah masanya anda akan berhenti merokok.
Oleh itu, bertindaklah sekarang..Usaha dan jangan berputus asa. Sekarang ini, mungkin anda tidak mengalami kesan yang teruk tetapi kesannya itu sudah pasti akan kunjung tiba.
KESAN YANG PERLU ANDA TAHU?
1. Alzheimer - Merokok menyebabkan fungsi otak merosot 5 kali
lebih cepat terutama bagi perokok berumur. Berdasarkan kajian ke atas
9,200 perokok lelaki dan wanita berumur 65 tahun ke atas yang disiarkan
dalam jurnal Neurologi, didapati fungsi otak perokok merosot lebih cepat
walaupun mereka tidak mempunyai sejarah keluarga mengalami masalah
dementia (nyanyuk).
Bagaimana ini boleh berlaku? Merokok memberi
kesan kerosakan berpanjangan terhadap salur darah, menyebabkan darah
boleh membeku yang meningkatkan risiko serangan strok dan kemerosotan
daya ingatan.
2. COPD dan kanser paru-paru - Satu-satunya punca kepada dua
penyakit kronik ini ialah rokok. Risiko penyakit ini boleh dikurangkan
dengan berhenti merokok seawal mungkin. Perokok tegar yang merokok sejak
muda akan mengalami kerosakan paru-paru yang lebih teruk dan sedihnya
kerosakan ini tidak boleh dipulihkan. Ada banyak kes pesakit terpaksa
bergantung kepada bekalan gas oksigen untuk bernafas yang perlu dibayar
dengan harga mahal sedangkan kita sememangnya dikelilingi oksigen
percuma!
3. Kanser mulut - Banyak kajian menunjukkan antara punca utama
kanser mulut ialah merokok selain tabiat makan sirih. Risiko kanser
mulut akan hilang jika anda berhenti merokok dan semua masalah lain
seperti ulser juga akan sembuh.


